( Entri kali ini tidaklah ada kaitannya dengan rancangan semanis kurma yang dihoskan oleh Ustazah Nor Bahyah& suami, juga tidak ada kaitannya dengan kumpulan Sepah yang menjuarai rancangan Maharaja Lawak 2011)
Perselisihan faham adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam hubungan. Namanya juga manusia, punya emosi dan pendapat sendiri justeru tidak semua perkataan kita bisa diterima dan difahami oleh manusia lainnya.
''Kenapa kalau kita gaduh kena tinggikan suara?''
'' Yela dah saya cakap awak tak puas hati. Awak pun nak cakap jugak apa yang awak nak tu yang kena tinggikan suara.''
''Saya ada cerita yang menarik tentang perkara ini''
''Apa dia?''
''Manusia akan meninggikan suara apabila bergaduh kerana hati mereka berjauhan antara satu sama lain. Sangat jauh sehingga terpaksa meninggikan suara supaya hati di sebelah sana dapat mendengar. Nampak tak munasabah apabila duduk dekat-dekat pun boleh tinggi-tinggikan suara, tengking antara satu sama lain tetapi itu terjadi sebab hati kedua-dua yang berkomunikasi tu sudah jauh.
Apabila hati sudah dekat, maka tidak perlu ditinggikan lagi suara itu dan sehingga satu tahap tidak ada apa yang perlu diucapkan lagi kerana dekatnya kedua-dua hati tersebut. Ar-Rumi apabila berbicara tentang cinta pernah menyebut:
''When you step into the zone of love, language as we know it becomes obsolete. That which cannot be put into words but it can only be grasped through silence''
Justeru apabila kedua-duanya senyap, janganlah dikira bahawa mereka sudah tidak ada apa yang nak diucapkan kerana hakikatnya, hati mereka telah duduk bersebelahan antara satu sama lain, saling memahami antara satu sama lain melalui bahasa kesunyian.
Kerana bahasa cinta adalah bahasa kesunyian.''
Kami berdua terdiam.
Dan membiarkan kesunyian itu menjadi bahasa komunikasi kami untuk saat-saat berikutnya...
"'When you step into the zone of love, language as we know it becomes obsolete. That which cannot be put into words but it can only be grasped through silence''
ReplyDelete"
=)